LONDON: Papan kekunci komputer sebenarnya mengandungi bakteria lebih berbahaya berbanding mangkuk tandas berikutan tabiat pengguna yang kerap makan di meja mereka dan membiarkan sisa makanan tertinggal. Kumpulan pengguna, Which? berkata ujian yang dibuat ke atas pejabatnya di London menemui peralatan mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Daripada 33 papan kekunci yang diuji, empat dikelaskan sebagai membahayakan kesihatan dan satu mengandungi lima kali ganda lebih banyak bakteria berbanding mangkuk tandas.
P/S: hurmmm takot nyer dgr...cm tuh kire lg elok mkn kt mngkok tndas dri dpn komp??..heheheh....sape nk autoclave keyboard???..ak nk join...hehehe
No comments:
Post a Comment